PETUA
Petua Mudah Untuk Menghilangkan Jerawat
Pasti ramai daripada anda yang mengalami masalah jerawat. Perkara ini adalah merupakan satu masalah yang normal untuk proses kematangan atau pembesaran manusia. Terdapat terlalu banyak produk yang dijual dipasaran untuk mengatasi masalah ini. Tetapi adakah ia berhasil? Berikut adalah cara mudah untuk menghilangkan jerawat dan juga cara paling menjimatkan kos rawatan yang boleh anda lakukan.
1. Minum banyak air - Salah satu cara mudah untuk membantu anda menghilangkan jerawat adalah dengan meminum air masak dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana air amat berkesan untuk membuang toksin berbahaya dalam badan seseorang. Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.
2. Bawang putih - Bawang putih adalah amat mujarab untuk membantu mengecutkan jerawat yang baru tumbuh. Caranya adalah dengan hancurkan bawang putih tersebut kemudian lumurkan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat. Selain daripada itu, ada juga pakar berpendapat bahawa sekiranya rawatan ini dilakukan secara konsisten, ia dapat membantu membersihkan dan melindungi liang-liang muka anda daripada dijangkiti oleh bakteria.
3. Menjaga pemakanan - Pemakanan juga sebenarnya mempengaruhi kulit seseorang untuk ditumbuhi jerawat. Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan minyak, gula dan lemak yang tinggi. Makanan ini termasuk kek, kuih, coklat, pizza, makanan segera dan makanan yang diproses. Mengamalkan makanan sihat seperti memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan daging tidak berlemak seperti tuna, dada ayam dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.
(ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment