PRODUK BERASASKAN HERBA DENGAN GAMAT, PROPOLIS, ALOE VERA
Gamat - mengandungi kolagen yang penting dalam kosmetik untuk ketegangan tisu muka dan kulit. Selain itu, rawatan muka akan lebih berkesan daripada dua ciri ekstrak gamat yang bersifat anti fungal dan anti mikrobial. Sifat anti fungal dan anti mirobial adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada kulit muka berkulat. Gamat mengandungi sejenis bahan aktif yang berupaya membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit dan tisu badan.
Aloe Vera - telah terbukti secara saintifik dapat menghalang kerosakan sel kulit akibat radiasi kerana kandungan anti oksidan yang superoxide dismutase dan gluthathione iaitu dua jenis bahan yang berfungsi menyembuhkan sel kulit. Aloe Vera terkenal dengan kebaikan merawat luka, melecur akibat terbakar serta memperbaiki tisu yang rosak.
Propolis - mempunyai fungsi antibiotik semulajadi untuk menggalakkan pemulihan kecederaan kulit yang berjangkit. Ia dapat menyembuhkan permukaan luar kulit dari iritasi, terluka, tergores dan terbakar serta melindungi kulit dari munculnya jerawat dan cacat kulit. Propolis mengandungi anti oksidan yang tinggi.
MERAWAT KULIT |
ANTI PENUAAN | ANTI BAKTERIA | ANTI OKSIDA | ANTI INFLAMMATORI | AGEN
PENEGANG KULIT | SEGAR | SEMULAJADI | BERTENAGA | BERVITAMIN | LITUPAN
SEMPURNA | PELINDUNG DARI CAHAYA MATAHARI | KAWALAN SEBUM | TAHAN LAMA
1) Lipstick Series
Moise Lipstick Naturelle Single – Gincu bibir dengan revolusi
baru ini dihasilkan dengan teknologi terkini dengan gabungan kolagen
dan SPF. Formula tambahan ekstrak gamat memastikan bibir anda sentiasa
lembab dan mengelakkan menjadi kering dan sentiasa anjal. Tekstur mewah
dan licin meluncur pada bibir dengan lekapan sempurna. Hasilnya
kelihatan lebih penuh, licin dan mengiurkan. Terdapat 6 pilihan warna
yang menarik.
Warna: 6 Pilihan Warna – Kandungan Bersih: 4 gram
Harga Runcit : RM 29.00
Moise Lipstick Naturelle 6 in 1 Box - Gincu bibir 6 in 1 Box
dengan revolusi baru ini dihasilkan dengan teknologi terkini dengan
gabungan kolagen dan SPF. Lengkap dengan gabungan 6 warna dalam 1
kotak.
Warna: Gabungan 6 Warna – Kandungan Bersih: 9 gram
Harga Runcit : RM 32.00
2) La Lumiere Lip Liner
Glitz Mouisturising Lip Liner – Milik bibir seksi dan mungil
dengan olesan penggaris bibir untuk tampak lebih muda, lembap dan
segar. Keunikan penggaris bibir yang boleh digabungkan dengan dwi
tindakan iaitu mencorak dan mewarna.
Warna: Merah Jambu/Coklat/Merah
Harga Runcit : RM 15.00
3) Treatment Foundation SPF30 range
Treatment Creme Foundation SPF 30 - Bedak asas ini mengembalikan
kesegaran dan awet muda pada kulit anda. Ia dapat mengatasi masalah
kedutan serta menutup parut-parut jerawat dan kesan jeragat. Menjadikan
kulit muka sekata, semulajadi, tidak berminyak dan tahan lama
disamping bertindak sebagai pelindung daripada sinaran UV. Bedak asas
ini mampu merawat kulit dari dalam agar kelihatan cantik, berseri.
Boleh dipakai siang dan malam setiap hari.
Warna: Natural/Medium/Light – Kandungan Bersih : 15 gram
Harga Runcit : RM 57.00
4) Dual Powder Foundation SPF30 Range
Dual Powder Foundation SPF 30 - Bedak padat dwi cara (Two Way
Cake) dengan SPF ini menjadikan kulit semulajadi lembut dan halus
seperti sutera. Berkesan untuk menutup cela dan parut pada wajah.
Adunan khas dengan teknologi micro powder untuk memelihara keseimbangan
lembapan kulit, tidak berdebu malah mudah lekat dan menyamakan warna
kulit. Bebas minyak dan kelihatan lebih sihat.\
Warna: Natural/Light – Kandungan Bersih: 14 gram
Harga Runcit : RM 39.00
5) Radiant Concealer SPF30
Radiant Concealer SPF 30 - Pelindung cela terbaik!! Bedak asas
pelindung cela ini diformulasikan khas dengan gamat, aloe vera,
propolis dan grape seed oil yang memberi kesan solekan yang kemas,
cantik dan licin pada wajah selain melindungi kulit dari sinaran
matahari. Selain itu mampu merawat kulit dari dalam agar kelihatan
cantik berseri. Gunakannya untuk melindungi cela dan kecacatan,
bintik-bintik hitam, kemerahan dan tentunya jerawat. Pori nampak kecil
dan tidak ketara. Untuk semua jenis kulit dan tidak berminyak.
Warna: Natural/Light – Kandungan Bersih: 10 gram
Harga Runcit : RM 59.00
6) La Lumiere Eye Liner
Magical Stick Eye Liner - Untuk lirikan mata yang mempesonakan.
Dari mata turun ke hati. Pensil solekan tidak semestinya menjadi
kewajipan tetapi apabila dikenakan, mata anda akan tampak lebih besar
dan galak. Lorekkan pada kelopak mata. Penggunaan yang lebih mudah dan
tidak mencomotkan ketika memakainya. Sapukan di kelopak atas dan bawah
mata. Untuk hasil solekan kelihatan serak atau smokey gunakan berus di
hujungnya. Boleh juga digunakan untuk kemasan pada kening.
Warna: Biru/Hitam/Coklat
Harga Runcit : RM 15.00
.
.
No comments:
Post a Comment